Pada 1 Jun 2023 (Khamis) jam 10.00 pagi, Perpustakaan Kejuruteraan Tun Abdul Razak (PKEJ) telah menerima satu sesi lawatan dan kunjungan balas dari staf Bendahari Zon 8.
Staf Bendahari tersebut terdiri dari:
1. En. Hasrul Ateeqy Bin Omar (Penolong. Akauntan Kanan)
2. En. Mohd Helmy Bin Maskanan (Pembantu Tadbir Kewangan Kanan)
Sepanjang sesi kunjungan balas tersebut, mereka telah dibawa melawat ke aras 4,5 dan 6 Perpustakaan. Selain sesi berkenalan dengan staf Perpustakaan Kejuruteraan, mereka turut diberikan taklimat ringkas berkaitan kaedah pencarian bahan dan penggunaan sistem OPAC. Taklimat disampaikan oleh Pembantu Pustakawan Tertinggi, En. Mohd Fitri Ruslan.
Perpustakaan Kejuruteraan mengucapkan jutaan terima kasih dan berbesar hati diatas kunjungan balas hasil program Mobile Library ke Pejabat Bendahari Zon 8 tempohari. Semoga bersama-sama dapat memanfaatkan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan kepada warga UiTM.