Jelajah Biodiversiti Pahang 2026 meneruskan siri programnya ke Kuala Lipis pada 17 April 2026 dengan pengisian yang berlangsung dalam suasana alam semula jadi di sekitar Taman Negara Sungai Relau. Hari ini menyaksikan penyertaan seramai 60 orang yang terdiri daripada pelajar Kolej Tingkatan Enam Seri Lipis, guru-guru serta staf perpustakaan. Program kali ini turut diserikan dengan kehadiran Dr. Riwan Ramli, Ketua Sekretariat (Interim) Majlis Biodiversiti Pahang, yang bersama-sama menyantuni peserta sepanjang pengisian program.
Berlatarkan persekitaran hutan semula jadi, para peserta berpeluang menjalankan aktiviti pemerhatian biodiversiti secara lebih dekat dan menyeluruh. Aktiviti ini disokong dengan sesi taklimat dan demonstrasi yang membantu peserta memahami kaedah merekod serta memuat naik data pemerhatian dengan lebih berkesan. Penglibatan aktif peserta sepanjang aktiviti jelas memperlihatkan keterujaan dalam meneroka kepelbagaian spesies di kawasan tersebut, di samping memberi pengalaman pembelajaran yang berbeza berbanding lokasi sebelum ini. Keseluruhan program hari ini berlangsung dengan baik, didorong oleh kerjasama dan komitmen semua pihak yang terlibat.










Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan Kanan