LAWATAN EKSPLORASI KAMPUS BERSAMA SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUALA TERENGGANU KE UiTM CAWANGAN PAHANG KAMPUS JENGKA

Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka telah menerima kunjungan 34 orang murid cemerlang bersama 5 orang guru pengiring dari Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu bagi menyertai Program Lawatan Eksplorasi Kampus.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai peluang melanjutkan pengajian di UiTM, kehidupan sebagai mahasiswa serta kemudahan yang disediakan di kampus. Sepanjang lawatan, para peserta mengikuti sesi taklimat pengenalan UiTM dan Perpustakaan Al-Bukhari sebelum dibawa menyertai Jelajah Kampus menaiki bas. Sepanjang jelajah, peserta diperkenalkan dengan kemudahan utama kampus serta dikongsikan sejarah penubuhan dan perkembangan UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka.

Diharapkan lawatan ini dapat menyuntik semangat dan menjadi inspirasi kepada para pelajar untuk terus melakar kecemerlangan serta menjadikan UiTM sebagai destinasi pilihan bagi menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply