DAY 1: BENGKEL PERANCANGAN STRATEGIK PERPUSTAKAAN UiTM CAWANGAN PAHANG 2026

Hari pertama bengkel telah berlangsung dengan fokus kepada perbincangan, penyediaan dan semakan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan ( LNPT) dan Sasaran Perpustakaan (SP) 2026 yang lebih strategik dan berimpak tinggi.

Bengkel dimulakan dengan sesi taklimat oleh Encik Mohammad Khir bin Mohd. Seni, Timbalan Pendaftar Kanan, yang memberikan pencerahan berkaitan kaedah penyediaan LNPT yang lebih tersusun, jelas dan selari dengan hala tuju organisasi.

Sesi diteruskan dengan recap pencapaian tahun 2025 oleh Ketua Unit sebagai refleksi prestasi semasa serta asas kepada perancangan yang lebih berkesan.

Perbincangan secara kumpulan mengikut unit turut diadakan bagi merangka Sasaran Perpustakaan (SP) 2026, dengan penekanan kepada idea inovatif, keperluan semasa serta impak kepada komuniti.

Hari pertama bengkel diakhiri dengan sesi pembentangan hasil perbincangan yang memperlihatkan komitmen dan kerjasama padu antara semua unit dalam memastikan sasaran yang dirangka lebih jelas, praktikal dan berdaya capai.

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply