ALOR GAJAH, 29 April 2026 – Unit Arkib Cawangan Melaka, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka telah mengadakan sesi libat urus penyerahan rekod penting universiti bersama Pejabat Rektor UiTM Cawangan Melaka bagi tujuan pemeliharaan dan penyimpanan rekod bernilai tinggi universiti.
Rekod penting universiti yang telah diserahkan merangkumi pelbagai bahan penerbitan rasmi, laporan cadangan pembangunan fizikal dan prasarana UiTM untuk kampus Alor Gajah Melaka, serta keris replika yang pernah digunakan sebagai simbolik perasmian Dewan Taming Sari, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah.
Penyerahan bahan-bahan ini amat signifikan kerana ia merupakan sebahagian daripada sejarah dan warisan institusi yang perlu dipelihara sebagai sumber rujukan pada masa hadapan.
Melalui inisiatif ini, Unit Arkib Cawangan Melaka terus komited dalam memastikan rekod penting universiti disimpan secara sistematik, selamat dan dapat diakses sebagai bukti sejarah perkembangan UiTM Cawangan Melaka.
Usaha ini juga menyokong pemeliharaan memori institusi agar sejarah universiti terus terpelihara untuk generasi akan datang.




Pautan Tiktok: KLIK SINI
Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah