BANDARAYA MELAKA, 23 April 2026 – Unit Arkib Cawangan Melaka, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka telah mengadakan sesi libat urus bersama Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya khususnya Unit Latihan Praktikal bagi membincangkan tatacara pengurusan rekod yang lebih teratur dan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
Libat urus ini memfokuskan kepada tatacara pelupusan rekod selepas memperoleh kelulusan daripada Arkib Negara Malaysia. Penerangan diberikan bagi memastikan proses pelupusan rekod dilaksanakan secara sistematik, sah dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak universiti serta Arkib Negara Malaysia.
Sesi konsultasi ini telah dikendalikan oleh Cik Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan, dan dibantu oleh Puan Rabia binti Abu Bakar, Pembantu Pustakawan Tertinggi, PTAR UiTM Cawangan Melaka.
Melalui sesi ini, pihak fakulti dapat memperoleh kefahaman yang lebih jelas mengenai langkah-langkah pelupusan rekod, sekali gus membantu memastikan pengurusan rekod jabatan dilaksanakan dengan lebih cekap dan berintegriti.
Diharapkan sesi libat urus seperti ini dapat terus memperkukuh kerjasama antara PTAR dan fakulti dalam memastikan pengurusan rekod universiti sentiasa berada pada tahap terbaik.



Pautan Tiktok: KLIK SINI
Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah