PENERIMAAN REKOD PENTING UNIVERSITI

15 April 2026: Unit Arkib Cawangan Perak telah menerima Penerimaan Rekod Penting Universiti daripada Pusat Pengajian Siswazah UiTM Kampus Seri Iskandar pada 24 Februari 2026 jam 11.00 pagi bertempat di Bilik Arkib, Unit Arkib Cawangan Perak. Sebanyak 201 fail pelajar telah diserahkan setelah melepasi tempoh penyimpanan aktif melebihi lima tahun selepas pelajar menamatkan pengajian, selaras dengan keperluan pemindahan ke Unit Arkib Cawangan (UAC).

Sehubungan itu, pihak UAC akan melaksanakan proses pengurusan rekod secara sistematik termasuk muat naik maklumat ke dalam sistem Archive Management System. Akses kepada rekod tersebut boleh dibuat melalui Online Finding Archive UiTM dan permohonan rujukan adalah terhad kepada warga kampus sahaja. Proses penerimaan ini merangkumi aktiviti menyemak, merekod dan memastikan ketulenan serta kelengkapan dokumen bagi menjamin keselamatan dan kebolehpercayaan maklumat pelajar.

Rekod penting yang diterima merangkumi pelbagai dokumen rasmi seperti maklumat peribadi pelajar, surat tawaran kemasukan, rekod pendaftaran kursus, keputusan peperiksaan dan transkrip, rekod pembayaran yuran, dokumen tajaan atau pinjaman, rekod disiplin serta surat pengesahan tamat pengajian. Penyimpanan rekod ini secara teratur dan sistematik adalah penting sebagai bukti sah status pelajar, menyokong keperluan audit dan akreditasi, serta memastikan pematuhan terhadap dasar pengurusan rekod dan arkib universiti.

Disediakan oleh Ahmad Azmil Reza Bin Ismail, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar

Ahmad Azmil Reza PTAR Seri Iskandar

Leave a Reply