Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Cawangan Kelantan dengan kerjasama Special Interest Group (SIG) UiTM Cawangan Kelantan dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Kota Bharu telah menganjurkan Bengkel Research Excellence Masterclass: Leveraging Scopus AI & SLR for High-Impact Publishing pada 9 Mac 2026 bertempat di Bilik IT Perpustakaan Tengku Anis. Bengkel ini adalah sebagai platform meningkatkan kemahiran penyelidikan serta memperkasa budaya penerbitan ilmiah dalam kalangan pensyarah, penyelidik dan pelajar pascasiswazah.
Program ini merupakan satu program perkongsian ilmu yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai strategi meningkatkan kualiti penerbitan penyelidikan, khususnya dalam jurnal berindeks tinggi. Program ini menampilkan dua slot perkongsian yang disampaikan oleh pakar dalam bidang masing-masing.
Slot pertama bertajuk “Bibliometric Intelligence with Scopus AI” akan disampaikan oleh Dr. Muslim Ismail@Ahmad, Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP) yang akan berkongsi tentang penggunaan Scopus AI bagi membantu penyelidik mengenal pasti trend penyelidikan, analisis sitasi serta strategi penerbitan berimpak tinggi.



Seterusnya, slot kedua bertajuk “SLR in High Indexed Publication: From Zero to Hero” akan disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Nasir Ismail, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, yang memberi panduan mengenai kaedah Systematic Literature Review (SLR) secara sistematik bagi menghasilkan penulisan akademik yang berkualiti dan berpotensi diterbitkan dalam jurnal berindeks.



Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada para peserta dalam meningkatkan kualiti penyelidikan serta memperluas peluang penerbitan ilmiah pada masa hadapan.
Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTMCK Kampus Machang