Friday Food Sharing

7 November 2025

Friday Food Sharing Telah berlangsung Program Friday Food Sharing di Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka, yang dianjurkan sebagai inisiatif kebajikan bagi membantu pelajar yang memerlukan. Program ini dilaksanakan hasil sumbangan ikhlas daripada staf-staf UiTM yang turut digalakkan untuk berkongsi rezeki dengan menyumbangkan makanan setiap hari Jumaat.

Melalui program ini, pelajar yang memerlukan boleh mengambil makanan yang disediakan secara percuma di ruang khas perpustakaan dengan konsep “Take Me If You Really Need Me.” Inisiatif ini bukan sahaja menggalakkan amalan prihatin dan tolong-menolong dalam kalangan warga kampus, malah menyemai nilai empati serta semangat kebersamaan. Program ini diketuai oleh Hajah Rosnita binti Ja’afar dan mendapat sambutan positif daripada staf serta pelajar. Ia sekaligus mencerminkan keprihatinan Perpustakaan Al-Bukhari dalam mendukung kesejahteraan komuniti kampus dan memperkukuh budaya kasih sayang serta kepedulian sosial.

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply