Forum Membaca Perkasa Kepimpinan Intelektual Mahasiswa

Lebih 400 peserta berjaya dihimpunkan dalam Forum Membaca: Membaca sebagai Teras Kepimpinan Intelektual Mahasiswa yang berlangsung di Dewan Kolej Seroja, UiTM Shah Alam. Program ini dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang.

Majlis dirasmikan oleh YBrs. Puan Fauzilahyatun binti Mustafa, Pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan, DBP, yang menekankan bahawa budaya membaca merupakan asas pembentukan pemimpin intelektual berwibawa dalam era digital dan kecerdasan buatan (AI).

Forum menampilkan panel berpengalaman:

🔹 Ts. Hj. Azizi Hj. Jantan, Ketua Pustakawan UiTM
🔹 Pn. Nurqueen Sayang Dinie, Jurutera Perisian PETRONAS & pempengaruh media sosial
🔹 En. Muhammad Hafiz Abdul Latiff, Konsultan Buku & Pencipta Kandungan Digital

Perbincangan memfokuskan literasi maklumat, integrasi teknologi digital dan AI dalam budaya membaca, serta strategi membina komuniti pembaca generasi baharu.

Program turut disertai pelajar sekolah daerah Klang dan Wilayah Persekutuan, guru-guru PPD Klang, mahasiswa UiTM, warga DBP serta staf PTAR.

Inisiatif ini mengukuhkan usaha memperkasa ekosistem literasi negara serta menyemarakkan budaya membaca sebagai teras pembinaan kepimpinan intelektual generasi muda.

Amirul Desa Jabatan Perpustakaan

Leave a Reply