SESI LIBAT URUS PENGURUSAN REKOD BERSAMA PTJ: JABATAN PENGURUSAN HARTANAH DAN BANGUNAN FAKULTI ALAM BINA UiTM CAWANGAN PERAK KAMPUS SERI ISKANDAR

10 November 2025: Unit Arkib Cawangan (UAC) Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Perak telah menganjurkan Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod Bersama PTJ: Jabatan Pengurusan Hartanah dan Bangunan Fakulti Alam Bina, UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar. Sesi ini telah berlangsung pada 15 Ogos 2025 bertempat di Jabatan Pengurusan Hartanah dan Bangunan Fakulti Alam Bina. Penganjuran ini adalah selaras dengan hala tuju Perancangan Strategik Perpustakaan UiTM 2025 khususnya di bawah penetapan Petunjuk Prestasi (PI) 2: Bilangan Libat Urus Pengurusan Rekod dan Arkib Bersama Pusat Tanggungjawab. Sesi libat urus ini berfungsi sebagai platform perbincangan dan pertemuan fomral antara UAC dengan pihak PTJ bagi menangani isu serta prosedur berkaitan pengurusan rekod awam dan pelajar.

Objektif utama penganjuran sesi ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga UiTM mengenai kepentingan pengurusan rekod yang teratur dan sistematik. Selain itu, sesi ini juga bertujuan untuk memperkukuh kefahaman warga jabatan terhadap dasar, garis panduan serta keperluan pematuhan kepada peraturan dan undang-undang yang relevan. Melalui perbincangan dan tinjauan ini, pihak UAC dapat mengenal pasti cabaran serta isu-isu kritikal yang dihadapi dalam pengurusan rekod di peringkat fakulti, seterusnya mengumpul maklumbalas yang diperlukan untuk tujuan penambahbaikan. Secara tidak langsung , ia menjadi landasan penting bagi menggalakkan kerjasama sinergi antara unit bagi memastikan tatakelola rekod dilaksanakan secara lebih cekap, selamat dan berkesan.

Fokus utama sesi libat urus kali adalah melibatkan tinjauan ke atas bilik fail Jabatan Pengurusan Hartanah dan Bangunan khususnya yang menempatkan rekod awam dan rekod pelajar. Pihak UAC telah meneliti secara menyeluruh cara pengurusan rekod bermula dari proses penciptaan rekod sehingga peringkat pelupusan. Sepanjang lawatan tersebut, peserta telah diberikan penerangan terperinci mengenai pengendalian rekod aktif dan tidak aktif, kaedah pengelasan yang betul dan sistem pemfailan yang diaplikasikan. Pemerhatian turun diberikan kepada langkah-langkah keselamatan yang dilaksanakan bagi memastikan rekod sentiasa terpelihara keaslian dan kerahsiaanya. Sesi libat urus ini telah disertai oleh Puan Nur Aqilah Binti Russli, Pustakawan Kanan bersama dua Pembantu Pustakawan Kanan iaitu Puan Noor Faridatul Akhma Binti Abu Bakar dan Puan Wan Fadilah Binti Mohamed Yusoff.

Disediakan oleh Ahmad Azmil Reza Bin Ismail, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar

Ahmad Azmil Reza PTAR Seri Iskandar

Leave a Reply