LAWATAN RASMI KETUA PUSTAKAWAN UiTM KE PTAR UiTM CAWANGAN PERAK KAMPUS SERI ISKANDAR

14 November 2025: Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar telah berbesar hati menerima kunjungan rasmi daripada Ketua Pustakawan UiTM, Yang Berusaha Ts. Haji Azizi Bin Haji Jantan pada 21 Ogos 2025. Lawatan berprestij ini diadakan dengan objektif utama untuk meninjau secara langsung keadaaan fasiliti dan prasarana perpustakaan sedia ada. Selain itu, kunjungan ini bertujuan menilai keselesaan ruang kerja dan suasana pembelajaran yang ditawarkan serta mengukur tahap kepuasan pelajar terhadap kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh PTAR Cawangan Perak.

Sepanjang sesi lawatan, Yang Berusaha Ketua Pustakawan telah dibawa melawat ke semua aras perpustakaan untuk meneliti fungsi setiap ruang dengan lebih dekat. Beliau turut diberikan taklimat ringkas mengenai inisiatif dan penambahbaikan baharu yang telah dilaksanakan oleh pihak PTAR Cawangan Perak. Acara utama kemudiannya diteruskan dengan sesi beramah mesra bersama warga kerja perpustakaan. Sesi interaktif ini menjadi platform penting bagi Ketua Pustakawan mendengar pandangan, mendapatkan maklum balas dan menerima cadangan penambahbaikan secara langsung daripada staf demi meningkatkan mutu perkhidmatan dan memperkukuhkan peranan PTAR sebagai pusat rujukan ilmu yang unggul.

Lawatan ini rasmi ini bukan sahaja berjaya mencapai matlamat tinjauan malah turut menyuntik semangat baharu dalam kalangan staf untuk terus komited dan berinovasi. Diakhiri dengan sesi bergambar kenangan bersama seluruh warga PTAR UiTM Cawangan Perak, lawatan ini diharap menjadi pemangkin semangat kepada semua kakitangan.

Disediakan oleh Ahmad Azmil Reza Bin Ismail, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar

Ahmad Azmil Reza PTAR Seri Iskandar

Leave a Reply