17 November 2025 | PTAR UiTM Shah Alam
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menerima kunjungan delegasi seramai 13 orang dari Universitas Tanjungpura, Indonesia yang sedang menjalankan program akademik bersama Akademi Pengajian Bahasa (APB), UiTM.
Lawatan ini merangkumi:
Taklimat pengenalan PTAR dan inisiatif digital
Sesi perkongsian maklumat berkaitan perkhidmatan & kemudahan perpustakaan
Lawatan berpandu ke ruang pembelajaran, koleksi khas, serta fasiliti digital PTAR
Kunjungan ini bukan sahaja membuka peluang untuk pertukaran idea dan amalan terbaik, malah turut mengukuhkan hubungan akademik serta jaringan kolaborasi antara PTAR, APB dan Universitas Tanjungpura.


