Memperkasa Literasi Maklumat: Lawatan Ilmu Pelajar FKPM ke PTAR UiTM Melaka 

3 November 2025, Isnin – Program Memperkasa Literasi Maklumat: Lawatan Ilmu Pelajar Semester 1, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Cawangan Melaka ke PTAR UiTM Melaka Sesi 1, 2 dan 3 telah berjaya diadakan di Unit Perpustakaan Digital, PTAR UiTM Cawangan Melaka. Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk memanfaatkan sumber digital serta memperkukuh kemahiran literasi maklumat mereka yang dikendalikan oleh :

Sesi 1 : 

PERMATA Search : Encik Azahar Nordin, Pembantu Pustakawan Kanan

PTAR Online Resources : Puan Salina Salehin, Pembantu Pustakawan Kanan

Peserta : 25 orang pelajar MMC 110 1C, Diploma Komunikasi dan Media.

Pensyarah : Puan Zuliani Mohamad Azni, Pensyarah Kanan

Sesi 2 : 

PERMATA Search :  Cik Fadhilah Fatin Long Chek, Pembantu Pustakawan

PTAR Online Resources : Puan Atikah Mauzan, Pembantu Pustakawan

Peserta : 26 orang kelas MMC 110 1E, Diploma Komunikasi dan Media.

Pensyarah : Puan Siti Hajar Abdul Aziz, Pensyarah Kanan

Sesi 3 : 

PERMATA Search :  Puan Siti Aminah Ismail, Pembantu Pustakawan Kanan

PTAR Online Resources : Puan Atikah Mauzan, Pembantu Pustakawan

Peserta : 24 orang kelas MMC 110 1F, Diploma Komunikasi dan Media.

Pensyarah : Puan Zuliani Mohamad Azni, Pensyarah Kanan

Setiap sesi, pelajar berpeluang mengikuti Lawatan Ilmu yang menempatkan koleksi bahan bacaan fizikal dan kemudahan pembelajaran, diiringi oleh Puan Siti Aminah Ismail, Pembantu Pustakawan Kanan, Encik Azahar Nordin, Pembantu Pustakawan Kanan dan Cik Fadhilah Fatin Long Chek, Pembantu Pustakawan. Sepanjang sesi berlangsung, para pelajar memperlihatkan minat yang tinggi serta penglibatan aktif, terutamanya ketika sesi soal jawab, demonstrasi praktikal dan kuiz interaktif dijalankan. 

Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dalam memperkukuh kemahiran literasi maklumat di kalangan pelajar. Kerjasama strategik antara PTAR dan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media telah berlangsung dengan baik serta memberikan impak positif terhadap usaha memperkasa budaya literasi maklumat dalam kalangan warga kampus.

Sekitar program sedang dijalankan

Ditulis oleh: Nur Atikah Mauzan, Pembantu Pustakawan, PTAR UiTM Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply