25 September 2025: Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar telah menjadi tuan rumah Pertandingan PlayerUnknown’s Battlegrounds Mobile (PUBGM) sempena Sukan Antara Program (SUPRO) UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar pada 14 dan 15 Jun 2025. Pertandingan (PUBGM) telah menjadikan acara utama yang menghimpunkan pelajar dari pelbagai program pengajian untuk bersaing secara sihat dalam arena e-sukan. Kategori lelaki berlangsung pada 14 Jun manakala kategori perempuan diadakan pada 15 Jun, masing-masing bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakan daripada pelajar pelbagai fakulti dan berjaya mencetuskan suasana yang penuh semangat dan harmoni. SUPRO bukan sahaja menjadi wadah hiburan digital, malah berperanan sebgai platform membina sahsiah, disiplin dan nilai kesukanan dalam kalangan warga kampus. Semangat berpasukan strategi dan komunikasi yang ditonjolkan oleh para peserta membuktikan bahawa e-sukan mampu menyumbang kepada pembangunan holistik pelajar.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan pemenang yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang pertandingan. SUPRO 2025 telah membuktikan bahawa integrasi teknologi dan sukan mampu memperkasa potensi pelajar dalam era digital. Diharapkan program ini akan terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan sahsiah dan memperkukuh semangat kesepaduan dalam kalangan warga UiTM.






Disediakan oleh Ahmad Azmil Reza Bin Ismail, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar