Program Literasi Sekolah Bersama Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Krai, Kelantan

Program Literasi Sekolah bersama MRSM Kuala Krai telah dianjurkan oleh Perpustakaan Tengku Anis (PTA), UiTM Cawangan Kelantan dengan kerjasama MRSM Kuala Krai pada 1 Oktober 2025 (Rabu), jam 2.30 petang hingga 4.30 petang bertempat di MRSM Kuala Krai. Program ini merangkumi dua modul utama iaitu Modul Bacaan Pantas dan Modul Literasi Maklumat yang bertujuan memperkukuh kemahiran pelajar dalam pengurusan bacaan serta literasi maklumat, selaras dengan keperluan akademik masa kini.

Modul Bacaan Pantas

Sesi ini telah disampaikan oleh Puan Nordelina Zulkarnain, Ketua Perpustakaan Cawangan, Perpustakaan Tengku Anis dengan sokongan fasilitator:

  • Puan Nor Azrina Hasbullah (Pembantu Pustakawan Kanan)
  • Encik Mohd Hilman B. Mohamad (Juruteknik Komputer Kanan)
  • Encik Mohd Hamka Hj. Hamzah (Pembantu Pustakawan Kanan)
  • Encik Ahmad Ameruddin Fauzi (Pembantu Pustakawan)

Penceramah menerangkan konsep bacaan pantas dengan menekankan perbezaan antara membaca untuk maklumat, membaca untuk kefahaman mendalam, dan membaca secara pantas. Teknik asas seperti penggunaan penglihatan periferal, pengurangan subvokalisasi, serta kaedah โ€œskimmingโ€ dan โ€œscanningโ€ turut diperkenalkan. Pelajar didedahkan dengan cara mengurus bacaan secara lebih berkesan, menjimatkan masa, serta meningkatkan tahap kefahaman bacaan.

Modul Literasi Maklumat

Modul ini berlangsung di Pusat Sumber Pembelajaran (PSP) MRSM Kuala Krai dan menekankan kepentingan literasi maklumat dalam era digital dan kecerdasan buatan (AI). Antara pengisian utama adalah:

  1. Taklimat Literasi Maklumat Era AI
    • Penceramah: Dr. Muslim Ismail@Ahmad (Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP))
      Taklimat memberi pendedahan tentang bagaimana AI mengubah cara manusia mengakses, menilai dan menggunakan maklumat. Pelajar juga dibimbing mengenai kepentingan menilai kesahihan sumber maklumat serta etika penggunaannya.
  2. Strategi dan Teknik Pencarian Maklumat Berkesan
    • Fasilitator: Puan Norfitriah bt Mat Seman (Pustakawan Kanan)Fasilitator sokongan:
      • Encik Mohd Hazrie Mat Nawi (Pembantu Pustakawan Kanan)Encik Muhamad Nazari Muhamad Nor (Pembantu Pustakawan Kanan)Cik Sazlina Saleh (Pembantu Pustakawan)Cik Nur Qamarina Ismail (Pelajar Latihan Industri)Cik Nurismawatie Binti Ya (Pelajar Latihan Industri)

Pelajar diperkenalkan dengan kaedah pencarian maklumat yang sistematik menggunakan pangkalan data, enjin carian akademik, serta sumber digital yang sahih. Teknik penggunaan kata kunci, operator Boolean, dan strategi penapisan maklumat turut dipraktikkan melalui contoh carian langsung. Sebagai penutup, satu Kuiz Roda Impian telah dijalankan dalam suasana interaktif bagi menguji kefahaman pelajar terhadap isi kandungan modul ini.

Secara keseluruhannya, kedua-dua modul menerima respon yang sangat positif daripada pelajar MRSM Kuala Krai. Modul Bacaan Pantas berjaya meningkatkan kesedaran pelajar mengenai teknik membaca lebih cepat dan berkesan, manakala Modul Literasi Maklumat pula membantu memperkukuh pemahaman mereka tentang kepentingan literasi maklumat dalam era digital.

Program ini diharapkan dapat menyemai budaya membaca secara cekap serta membina generasi pelajar yang celik maklumat, beretika dan bertanggungjawab dalam menggunakan maklumat, sekali gus lebih bersedia menghadapi cabaran akademik dan dunia digital masa kini.

Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTMCK Kampus Machang

Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan Kampus Machang

Leave a Reply