Kempen Log Masuk Sistem PERMATA Perpustakaan Sempena Program UiTM MySiswa

Tarikh: 6 (Isnin) dan 7 (Selasa) Oktober 2025
Masa: 9.00 pagi hingga 4.30 petang.
Tempat: Bangunan Annex, Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun
Anjuran: Unit Perkhidmatan Perpustakaan
Sasaran Penglibatan: 1971 orang pelajar baharu UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) Kampus Dungun

Sempena Program UiTM MySiswa yang bertujuan untuk aktifkan kad bank dan kad siswa para pelajar baharu bagi Sesi Oktober 2025/Februari 2026 oleh Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA) UiTMCT pada 6-7 Oktober 2025 (Isnin dan Selasa) yang bertempat di Bangunan Annex Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun, pihak Perpustakaan Cendekiawan telah mengadakan Kempen Log Masuk ke Sistem PERMATA Perpustakaan sebagai sebahagian daripada usaha memperkenalkan sistem perpustakaan digital UiTM yang menyokong keperluan pembelajaran, dan rujukan akademik.

Sistem PERMATA merupakan sebuah pelantar digital yang disediakan oleh perpustakaan untuk tujuan akses kepada pelbagai koleksi digital dan elektronik perkhidmatan dan rujukan akademik universiti. Kempen ini dilaksanakan sebagai langkah awal bagi memastikan semua pelajar baharu didedahkan kepada kemudahan ini dan mampu menggunakannya secara efektif sepanjang tempoh pengajian mereka kelak. Secara umumnya, objektif kempen ini adalah seperti berikut:-

  • Memperkenalkan Sistem PERMATA sebagai platform utama perpustakaan digital kepada pelajar Baharu
  • Membimbing pelajar untuk log masuk dan mengakses sistem menggunakan akaun masing-masing.
  • Meningkatkan literasi maklumat dalam kalangan pelajar baharu, terutamanya dalam penggunaan bahan akademik yang sahih.
  • Menggalakkan budaya membaca dan penyelidikan kendiri dalam kalangan pelajar dari awal pengajian.

Kempen ini dijalankan secara fizikal yang merangkumi beberapa pengisian utama, antaranya:

  • Sesi Pendaftaran dan Bantuan Teknikal: Kakitangan perpustakaan membantu pelajar log masuk buat kali pertama, menyelesaikan masalah akses, dan menjawab pertanyaan berkaitan.
  • Demonstrasi Log Masuk & Navigasi Sistem: Pelajar ditunjukkan langkah demi langkah bagaimana untuk log masuk, mencari bahan, dan menggunakan ciri-ciri penting seperti penanda buku, muat turun, dan permohonan bahan.
  • Sesi Pengenalan Sistem PERMATA: Penerangan ringkas mengenai fungsi dan kelebihan sistem, serta jenis-jenis bahan yang boleh diakses.

Secara keseluruhan, Kempen Log Masuk ke Sistem PERMATA Perpustakaan UiTM ini telah berlangsung dengan jayanya dan menerima sambutan positif daripada pelajar baharu. Kebanyakan pelajar dapat mengakses sistem ini secara terus dan menunjukkan minat yang tinggi melalui maklumbalas yang diterima serta pertanyaan yang diajukan kepada staf yang terlibat. Semoga usaha ini dapat memperluas akses maklumat dan meningkatkan pembudayaan ilmu khususnya dalam kalangan warga kampus.

Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan.

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply