Xplorasi AI: Transformasi Perpustakaan Dalam Dunia Digital

Ketua Pustakawan UiTM, Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan, tampil dalam rancangan Xplorasi AI terbitan BERNAMA Radio bagi berkongsi pandangan tentang evolusi dan masa depan perpustakaan dalam era kecerdasan buatan (AI).

Beliau menegaskan bahawa transformasi perpustakaan kini merangkumi tiga komponen utama:

💡 Digital Collection – Pendigitalan bahan ilmiah, tesis dan rujukan.
📲 Digital Services – Akses maklumat anywhere, anytime, anyone melalui sistem digital dan aplikasi mudah alih.

⚙️ Digital Process – Pendigitalan proses kerja dan operasi bagi mempercepatkan perkhidmatan pengguna.

Ts. Haji Azizi turut memperkenalkan inovasi AILA (Artificial Intelligence Library Assistant) pembantu maya berasaskan AI yang berfungsi membantu pustakawan dalam urusan harian, mengingatkan pengguna tentang pemulangan bahan, serta memperkenalkan perkhidmatan berasaskan personalization kepada komuniti pengguna perpustakaan.

UiTM juga telah membangunkan sistem PERMATA – Perpustakaan Revolusi Maklumat Berteknologi AI, sebagai tonggak utama kepada pembangunan perpustakaan pintar dan bersepadu (integrated library system) yang menyokong matlamat universiti sebagai Vibrant Centre of Learning.

“Teknologi bukan menggantikan pustakawan, tetapi melengkapkan dan mempercepatkan kerja kita,” ujar beliau dalam perkongsian tersebut.

🎧 Tonton semula sesi penuh di: facebook.com/bernamaradio
Bacaan lanjut: https://www.facebook.com/share/p/1A2UkkSVFF/

Mohd Alfarabie PTAR Shah Alam

Leave a Reply