SHAH ALAM, 11 Oktober 2025 – Sesi Taklimat Orientasi Perpustakaan telah diadakan sempena Minggu Destini Siswa Pascasiswazah MITRANS bertempat di Bilik Seminar Al-Maidah, MITRANS. Taklimat yang berlangsung dari jam 12.00 tengah hari hingga 1.00 petang ini disampaikan oleh Ketua Perpustakaan Undang-Undang (PTUU), Puan Masnida Hanim Che Mahmood.
Taklimat ini memberi penerangan berkenaan dengan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna yang terdapat di perpustakaan, koleksi bahan atau koleksi sumber rujukan yang terdapat di PTUU samada secara fizikal mahupun digital, teknik pencarian maklumat yang tepat, mempromosikan PERMATA Mobile Apps dan cara penggunaannya serta demonstrasi ringkas akses laman sesawang perpustakaan, serta kaedah menggunakan PERMATA Search.

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu para pelajar memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang ditawarkan oleh PTUU, sekali gus menjadikan perpustakaan sebagai rakan strategik dalam mencapai kecemerlangan akademik.