Tarikh: 29 September 2025, Isnin.
Masa: 12.00 tengah hari – 12.15 tengah hari
Tempat: Dewan Aspirasi (Bersemuka)
Siaran Langsung Dalam Talian di Dewan Jasmin, Dewan Kuliah Cemara, Dewan Kuliah Anggerik dan Dewan Kuliah Bakawali
Anjuran: Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Penglibatan: 1, 971 orang pelajar baharu Sesi Oktober 2025 – Februari 2026
Sempena Minggu Destini Siswa (MDS) UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun Sesi Oktober 2025 – Februari 2026, Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun telah dijemput untuk mengisi slot Taklimat Perpustakaan kepada seramai 1,971 orang mahasiswa/i baharu yang terdiri daripada pelajar Diploma, dan Ijazah Sarjana Muda pada 29 September 2025, Isnin.


Taklimat Perpustakaan ini telah dijalankan secara bersemuka di Dewan Aspirasi serta disiarkan secara langsung melalui dalam talian di Dewan Kuliah Cemara, Dewan Kuliah Anggerik, Dewan Kuliah Bakawali, dan Dewan Jasmin secara serentak selama 15 minit sahaja. Taklimat ringkas ini telah disampaikan oleh Cik Asmahani binti Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP), merangkap Ketua Unit Perkhidmatan Perpustakaan, serta dibantu beberapa orang staf perpustakaan yang lain.






Dalam sesi taklimat ini, para pelajar diterangkan mengenai lokasi perpustakaan, serta kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perpustakaan, termasuk koleksi bahan bacaan yang terkini dan komprehensif, akses maklumat digital melalui Sistem PERMATA. Turut dikongsikan gambar-gambar persekitaran dan aktiviti perpustakaan sebagai tarikan kepada para pelajar untuk berkunjung ke perpustakaan pada masa akan datang.
Pihak perpustakaan mengalu-alukan kehadiran pelajar baharu dan berharap agar segala maklumat yang dikongsikan dapat membantu pelajar dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran di universiti. Diharapkan para pelajar akan memanfaatkan sepenuhnya segala kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan bagi mencapai kejayaan akademik yang cemerlang.
“Perpustakaan: Menjana Ilmu, Membentuk Generasi.”
Selamat datang ke UiTM Cawangan Terengganu dan selamat maju jaya!
Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan.