Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod dan Arkib Bersama Bahagian/PTJ: Unit Bendahari UiTMCT Kampus Kuala Terengganu

Tarikh: 25 September 2025, Khamis
Masa: 9.00 pagi sehingga 11.30 pagi
Lokasi: Unit Bendahari, UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) Kampus Kuala Terengganu
Anjuran: Unit Arkib Cawangan, dengan engan kerjasama Unit Bendahari Kampus Kuala Terengganu
Penglibatan: 7 orang staf daripada Unit Bendahari, UiTMCT Kampus Kuala Terengganu

Unit Arkib UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) dengan kerjasama pihak Unit Bendahari, UiTMCT Kampus Kuala Terengganu, telah menerima kunjungan daripada tiga orang wakil Unit Naziran, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Terengganu pada 25hb September 2025 (Khamis) yang lalu.

Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod dan Arkib ini merupakan salah satu inisiatif strategik daripada Unit Arkib, UiTM Cawangan Terengganu dalam menyokong pengurusan rekod yang cekap dan berintegriti di peringkat Bahagian/Pejabat Tanggungjawab (PTj). Antara pengisian dalam perkongsian yang dijalankan ialah konsultasi kaedah pengurusan fail, penyimpanan rekod, pelupusan rekod dan lain-lain. Selain itu, antara maklumat yang turut dikongsikan ialah tatacara pelupusan rekod kewangan dan perakaunan di mana kebanyakan dokumen yang disemak ialah baucar dan resit kutipan hasil/harian.

Secara keseluruhannya, sesi libat urus ini memberi impak positif kepada usaha pemantapan tadbir urus rekod di peringkat jabatan. Kerjasama antara Unit Arkib Cawangan dan Unit Bendahari dalam urusan pelupusan rekod adalah langkah proaktif ke arah pematuhan tatakelola yang baik serta pengurusan maklumat yang lebih berkesan.

Pihak perpustakaan amat menghargai keterbukaan dan komitmen Unit Bendahari Kampus Kuala Terengganu dalam memastikan rekod jabatan dikendalikan secara sistematik, berintegriti dan mematuhi piawaian semasa. Semoga sesi seperti ini dapat diteruskan dan diperluaskan kepada semua PTj demi menyokong amalan penyimpanan dan pelupusan rekod yang profesional serta berlandaskan peraturan yang sah.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Terengganu dan Unit Bendahari, UiTMCT Kampus Kuala Terengganu atas kerjasama yang sangat baik sepanjang sesi lawatan ini.

Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply