Lawatan ke Perpustakaan Buka Minda Pelajar Baharu Pra-Diploma & Program Asasi UiTMCT Kampus Dungun

Tarikh: 1 Oktober 2025, Rabu.
Masa: 2.30 petang – 3.30 petang
Tempat: Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) Kampus Dungun
Anjuran: Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTMCT
Penglibatan: 240 orang pelajar baharu Pra-Diploma dan Program Asasi Perakaunan Sesi Oktober 2025 – Februari 2026

Sesi Taklimat Perpustakaan bersama para pelajar pra-diploma dan program asasi telah diadakan secara bersemuka di Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Dungun. Pelajar telah diberikan penerangan dan pendedahan tentang perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan serta koleksi bahan terkini dan pangkalan data atas talian yang diakses melalui sistem PERMATA.

Taklimat Perpustakaan ini telah dikendalikan oleh Puan Hafsah Mustafa, Pembantu Pustakawan Kanan, dan dibantu oleh En. Ahmad Fathi Azhari, Pembantu Pustakawan, dan beberapa orang staf perpustakaan yang lain bersama Pembantu Minggu Destini Siswa yang bertugas. Sesi hands-on akses sistem PERMATA juga ditunjukkan bagi membantu para pelajar untuk membantu mereka mencari maklumat bagi tujuan akademik di sepanjang pengajian mereka kelak. Para pelajar kemudiannya telah dibawa melawat ke sekitar perpustakaan.

Rata-rata pelajar baharu yang menyertai taklimat dan lawatan ini kelihatan sangat teruja untuk memulakan pengajian di UiTMCT apabila melihat kelengkapan perpustakaan, persekitaran yang menarik, serta akses maklumat digital yang mudah. Semoga pengalaman di sepanjang Minggu Destini Siswa ini dalam membuka minda dan menyuntik semangat baharu sebagai mahasiswa/i UiTM. Kami di perpustakaan sentiasa komited membantu menyediakan koleksi rujukan dan khidmat runding terbaik sebagai sokongan kecemerlangan akademik anda semua.

Semoga maklumat dan pengisian yang disampaikan ini dapat memberi manfaat dan membantu para pelajar untuk menerpa kecemerlangan dalam pengajian di UiTMCT Kampus Dungun nanti.

All the best!

Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan.

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply