Lawatan Ketua Pustakawan UiTM Ke Perpustakaan Tengku Anis (PTA)

YBrs. Ts. Haji Azizi Bin Haji Jantan, Ketua Pustakawan UiTM telah mengadakan lawatan ke Perpustakaan Tengku Anis pada 21 September 2025 bagi meninjau operasi, kemudahan, dan perkhidmatan yang disediakan kepada warga universiti. Sejurus selepas selesai menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Guru Perpustakaan dan Media (GPM) 2025 di Dewan Profesional UiTM Cawangan Kelantan, beliau telah berkunjung ke Perpustakaan Tengku Anis untuk meneruskan sesi lawatan kerja tersebut.

Lawatan ini telah disambut baik oleh Puan Nordelina Zulkarnain, Timbalan Ketua Pustakawan Perpustakaan Tengku Anis, bersama pengurusan tertinggi perpustakaan dan staf-staf PTA.

Sepanjang lawatan tersebut, beliau telah dibawa melawat ke sekitar perpustakaan untuk melihat secara lebih dekat fasiliti, ruang pembelajaran dan kemudahan yang disediakan. Seterusnya, beliau juga berkesempatan mengadakan sesi perjumpaan bersama warga perpustakaan bagi berkongsi visi, hala tuju strategik, dan inisiatif baharu dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Perjumpaan ini juga menjadi platform untuk mendengar pandangan, cadangan penambahbaikan, serta memperkukuh semangat kerjasama dalam kalangan staf perpustakaan demi memastikan peranan perpustakaan terus relevan dan menyokong kecemerlangan akademik universiti.

Ucapan terima kasih turut disampaikan kepada Ketua Pustakawan atas kesudian meluangkan masa serta memberi pandangan dan sokongan yang amat berharga kepada warga Perpustakaan Tengku Anis.

Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTMCK Kampus Machang

Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan Kampus Machang

Leave a Reply