Shah Alam, 1 Oktober 2025 – Hari ketiga Program Kepimpinan Pelaksana Perpustakaan UiTM (PROKEP 2025) melabuhkan tirai dengan sesi pembentangan hasil kerja berkumpulan yang memperlihatkan keupayaan, kreativiti dan daya fikir strategik kumpulan pelaksana perpustakaan.
Slot 9: Pembentangan Kumpulan
Sebanyak 7 kumpulan peserta tampil membuat pembentangan berdasarkan hasil sumbang saran yang telah dijalankan pada hari kedua. Setiap kumpulan membentangkan idea penyelesaian masalah berkaitan pengurusan dan operasi perpustakaan, diikuti sesi soal jawab bersama kumpulan lain dan barisan juri.
Juri profesional yang diketuai oleh Puan Aznur Umiza binti Abu Kasim @ Abu Kassim dan Puan Norazlin binti Mohd Yusof menilai dengan teliti setiap dapatan serta cadangan yang diketengahkan, menilai dari aspek kreativiti, kebolehlaksanaan, dan impak kepada perpustakaan.
Selepas pembentangan, Encik Zharif Farhan bin Muhamad Pauzi, Pengerusi PROKEP, menyampaikan ucapan penutup dengan membuat rumusan keseluruhan program selama tiga hari. Beliau menekankan bahawa PROKEP berjaya membuktikan kumpulan pelaksana bukan sahaja pelaksana tugas, tetapi pemikir strategik dan penyelesai masalah yang boleh menyumbang idea bernas untuk memperkukuh operasi perpustakaan.
Seterusnya, Puan Aznur Umiza binti Abu Kasim @ Abu Kassim, Pengarah Bahagian Pengurusan Perpustakaan, memberikan rumusan akhir dan pandangan terhadap hasil resolusi kumpulan. Beliau menegaskan bahawa dapatan tersebut mencerminkan kreativiti, kepimpinan, dan komitmen kumpulan pelaksana dalam membawa transformasi yang seiring dengan aspirasi Perpustakaan UiTM.
Anugerah & Penghargaan:
Acara kemuncak hari ketiga diakhiri dengan pengumuman pemenang:
Pembentangan Kumpulan Terbaik
Peserta Lelaki Terbaik
Peserta Perempuan Terbaik
Peserta Inovasi
Pengiktirafan ini menjadi simbol penghargaan terhadap dedikasi, kreativiti dan profesionalisme kumpulan pelaksana dalam memastikan kecemerlangan perkhidmatan perpustakaan.
Bacaan lanjut: https://www.facebook.com/share/p/17UAcRPYgE/