Bengkel Pemurnian PRIMe: Memacu Kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi UiTM

Shah Alam, 1 Oktober 2025 – Bengkel Pemurnian Portal for Research and Innovation Management (PRIMe) telah berlangsung dengan jayanya di Hotel UiTM Shah Alam, dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.

Bengkel ini dikendalikan oleh Puan Zuhaslinda Sulaiman, yang telah berkongsi pencerahan mendalam mengenai:

✨ Tatacara pengisian PRIMe dengan tepat dan sistematik
✨ Perkongsian amalan terbaik (best practices)
✨ Panduan perkara yang perlu dan tidak perlu dilakukan dalam penggunaan portal

Turut hadir semasa sesi berkenaan Eza Eliana Binti A Wahid, Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP) dan Cik Ummi Halimatunssaadiyya Binti Shamsul Yuzli, Pustakawan dari Unit Literasi maklumat.

Melalui bengkel ini, para peserta bukan sahaja didedahkan kepada kaedah pengisian data dan pelaporan dengan lebih jelas, malah turut diperkasa dengan ilmu dan kemahiran untuk meningkatkan kecekapan serta ketepatan dalam pengurusan maklumat penyelidikan dan inovasi di UiTM.

🌟 PRIMe bukan sekadar portal, ia adalah nadi penyelidikan dan inovasi UiTM. Dengan pemurnian berterusan, UiTM terus melangkah ke hadapan sebagai pusat kecemerlangan ilmu, penyelidikan dan penciptaan nilai baharu untuk masyarakat dan negara.

🔗 “Setiap data yang diisi dengan tepat adalah langkah kecil menuju impak besar dalam dunia penyelidikan.”

Bacaan lanjut: https://www.facebook.com/share/p/1B8pJ5JJxY/

Mohd Alfarabie PTAR Shah Alam

Leave a Reply