Alhamdulillah, tahniah diucapkan!
Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) LibKnowVate dan Blitz dari Jabatan Perpustakaan UiTM Shah Alam telah berjaya merangkul Anugerah Emas di Konvensyen KIK Zon Tengah 2025 yang berlangsung pada 24–26 September 2025 di UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam.
Blitz
Projek inovasi Sistem Kehadiran Program Perpustakaan UiTM satu platform digital yang menguruskan pendaftaran program perpustakaan secara lebih efisien, sistematik dan mesra pengguna.
LibKnowVate
Inovasi Artificial Intelligence Library Assistant (AILA) – Chatbot pintar untuk Perkhidmatan Rujukan Digital di Perpustakaan Tun Abdul Razak, memperkukuh pengalaman pengguna dengan capaian maklumat yang pantas dan interaktif.
Pencapaian ini membuktikan komitmen Perpustakaan UiTM dalam memperkasakan budaya inovasi, digitalisasi dan kecemerlangan perkhidmatan seiring aspirasi UiTM sebagai Vibrant Centre of Learning.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua ahli pasukan KIK LibKnowVate dan Blitz atas usaha, dedikasi serta kejayaan ini!