Bengkel Sistem Perpustakaan untuk Semua (Siri 1) Kongsi Kemahiran Akses Sistem PERMATA kepada Warga Kampus

Tarikh : 9 September 2025, Selasa
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Makmal Ibnu Safar, Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT
Penglibatan : 30 orang staf UiTM Cawangan Terengganu
Anjuran: Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun

Pengisian:
✅Sesi 1: Portal Buletin Iqra’ PUiTM dan Sistem PERMATA: Portal eBook.
Disampaikan oleh En. Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan.

✅Sesi 2: Sistem PERMATA MyReading & Repositori Kecemerlangan Perpustakaan UiTM
Disampaikan oleh Puan Nur Rohaya, Pembantu Pustakawan Kanan.

✅Sesi 3: Sistem PERMATA: Pencarian Artikel Surat Khabar
Disampaikan oleh En. Wan Mohd Harith Wan Mohd Solah, Pembantu Pustakawan Kanan.

✅Sesi 4: Sistem PERMATA: Local Content
Disampaikan oleh Puan Ayuzawahie Amran, Pembantu Pustakawan Kanan.

✅Sesi 5: Sistem PERMATA: Permata Search
Disampaikan oleh En. Nik Ahmad Kamal Nik Wadi, Pembantu Pustakawan Kanan.

Bengkel Sistem Perpustakaan Untuk Semua (Siri 1) ini merupakan salah satu inisiatif 1staf 1perkongsian ilmu di bawah pembangunan bakat staf perpustakaan, diadakan bagi memberi pendedahan kepada semua warga universiti mengenai fungsi dan kepelbagaian maklumat yang tersedia pada sistem PERMATA, sekali gus mendorong lebih ramai pengguna untuk memanfaatkan perkhidmatan digital perpustakaan yang ditawarkan. Diharapkan inisiatif seperti ini dapat diteruskan secara berkala bagi meningkatkan kemahiran akses maklumat melalui sistem perpustakaan, membina budaya kerja yang lebih celik maklumat, berkongsi ilmu, dan sentiasa belajar.

Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan.

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply