Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM terus melangkah sebagai agen perubahan dalam pemindahan teknologi dan pendigitalan ilmu. Baru-baru ini, PTAR diberi penghormatan apabila dua staf kami dijemput sebagai fasilitator Bengkel Penambahbaikan Kandungan Sistem Arkib Digital JKKN pada 10–12 September 2025 di Port Dickson.

Pengiktirafan ini membuktikan kepakaran PTAR dalam repositori digital, piawaian metadata antarabangsa, serta strategi pengurusan sumber maklumat yang diiktiraf di peringkat nasional. Ia juga seiring dengan pencapaian membanggakan apabila Repositori Institusi UiTM kini berada di tangga ke-34 dunia, bukti komitmen kami dalam memacu keterlihatan dan akses ilmu di peringkat global.


Bagi pihak perpustakaan, saya ingin merakamkan penghargaan kepada dua fasilitator PTAR yang telah memainkan peranan penting dalam bengkel ini:
Encik Mohd Alfarabie bin Mohd Nasir – Pustakawan Kanan, Unit Korporat & Kolaborasi
Puan Rapeah binti Mohd Redzuan – Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan, Unit Aplikasi & Sistem Perpustakaan
Sumbangan mereka adalah bukti komitmen PTAR menjunjung visi sebagai Vibrant Centre of Learning, bukan sahaja di UiTM tetapi juga sebagai rakan strategik dalam memperkukuh ekosistem digital serta kelestarian warisan budaya bangsa.
Akses Repositori Institusi UiTM di sini: