Menerima Kunjungan Tokoh Pendidikan Negeri Terengganu

Tarikh: 13 Ogos 2025, Rabu
Masa : 2.00 petang – 3.30 petang
Tempat: Bangunan Annex Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT

Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu dengan penuh penghargaan merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas kunjungan hormat YBhg. Dato’ Dr. Haji Abdul Latiff bin Awang, seorang tokoh pendidikan dan penulis prolifik di negeri Terengganu.

Kunjungan YBhg. Dato’ Dr. Haji Abdul Latiff Awang adalah bertujuan mendapatkan maklumat berkaitan sejarah penubuhan serta perkembangan terkini UiTM Cawangan Terengganu bagi Kampus Dungun dan UiTM Kampus Kuala Terengganu. Maklumat ini akan dijadikan sebagai rujukan tambahan dalam penulisan buku beliau yang berjudul 5 Dekad Pembangunan Pendidikan dan Latihan Negeri Terengganu.

Pihak perpustakaan turut merakamkan penghargaan atas kesudian YBhg. Dato’ Dr. menyumbangkan buku bertajuk Lonjakan Kuantum – Daripada Fizik ke Politik , kepada pihak Perpustakaan Cendekiawan. Sumbangan ini amat bernilai dan akan menjadi sumber rujukan bermanfaat khususnya buat warga UiTMCT.

Disediakan oleh: Ahmad Fathi Azhari Azmi, Pembantu Pustakawan.

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply