Tela’ah: Adiwangsa Merdeka – Rumah Kelantan Tiang 12

Program Tela’ah: Adiwangsa Merdeka telah berlangsung pada 13 Ogos 2025 (Rabu) secara hibrid iaitu melalui siaran langsung di saluran YouTube rasmi Perpustakaan Tengku Anis (PTA) dan secara fizikal di PTA bermula jam 11.00 pagi. Sesi ini merupakan sebahagian daripada Bicara Buku Bersama Alumni yang menampilkan kupasan buku “Rumah Kelantan Tiang 12”. Buku ini mengangkat keunikan seni bina tradisional negeri Kelantan yang sarat dengan nilai budaya, warisan, dan falsafah bangsa.

Sesi dikendalikan oleh Encik Mohd Faizal Ramli, Pensyarah Kanan Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (FSSR) UiTM Cawangan Kelantan selaku moderator, dan menampilkan YBrs. Encik Johan Ariff Ismail, Profesor Adjung FSSR UiTM Cawangan Kelantan yang juga alumni universiti sebagai panel jemputan.

Turut diadakan pameran buku dan model “Rumah Kelantan Tiang 12” bagi memberi peluang peserta melihat dengan lebih dekat bahan rujukan dan rekaan fizikal rumah tradisional tersebut.

Program ini bertujuan memperkasa kefahaman masyarakat terhadap warisan seni bina Melayu, khususnya Rumah Kelantan Tiang 12, di samping menggalakkan pembudayaan ilmu melalui perkongsian ilmiah bersama tokoh alumni.

Pautan siaran langsung: https://www.youtube.com/watch?v=EaOagSvRj5Y

Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTMCK Kampus Machang

Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan Kampus Machang

Leave a Reply