Pada 6 Ogos 2025 (Rabu), satu sesi Bicara Alumni bertajuk “Telepuk: Seni Cetakan Perada Emas” telah berlangsung di Bilik Seminar Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK). Program yang berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari ini menampilkan Encik Mohd Azwarin Ahmed, seorang penggiat seni Telepuk dan alumni Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (FSSR) UiTMCK (1999–2005), sebagai panel jemputan.
Beliau berkongsi pengalaman serta kepakaran dalam seni cetakan perada emas yang merupakan salah satu warisan seni tekstil tradisional Melayu. Turut hadir bersama Encik Mohd Bakeri Ab Rahman, Pensyarah Kanan FFSR UiTMCK sebagai moderator dan berkongsi bersama mengenai seni Telepuk.





Program ini berjaya menarik penyertaan warga staf dan pelajar yang berminat mendalami seni warisan, dan dianjurkan secara bersama oleh Jabatan Seni Reka Tekstil dan PTA. Semoga program sebegini terus memupuk rasa cinta terhadap seni budaya bangsa!
Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTMCK Kampus Machang