Bengkel Strategi Pengurusan Masa untuk Penerbitan Berindeks (Scopus & WoS)

Tarikh: 10 Ogos 2025,Ahad
Masa: 10.00 pagi hingga 12.00 Tengah hari
Platform: Bersemuka dan Dalam Talian
Rakaman boleh ditonton pada link DI SINI.
Tempat: Sudut AZKA @ Library Community Engagement , Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun
Anjuran: Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri dan Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun
Penceramah: Dr. Mohd Safuan Abdul Latip, Pensyarah Kanan UiTM Cawangan Terengganu
Penglibatan: 280 orang peserta

Pada 10 Ogos 2025, Ahad, telah diadakan Bengkel Strategi Pengurusan Masa untuk Penerbitan Berindeks (Scopus & WoS) yang disampaikan oleh Dr. Mohd Safuan Abdul Latip, Pensyarah Kanan dari Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, UiTM Cawangan Terengganu. Beliau juga merupakan Felo Penyelidikan Pascadoktoral Universiti Sunway.

Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran para akademik serta penyelidik dalam mengurus masa secara efektif demi mencapai penerbitan dalam jurnal berindeks tinggi seperti Scopus dan Web of Science (WoS). Dalam era penerbitan yang kompetitif ini, pengurusan masa yang efisien menjadi faktor penting dalam memastikan kualiti dan kuantiti penerbitan dapat ditingkatkan.

Program anjuran Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri UiTMCT dengan kerjasama Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun ini diadakan secara bersemuka di Sudut AZKA @ Library Community Engagement, Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun dan disiarkan secara langsung di paparan YouTube Channel: Perpustakaan Cendekiawan dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan yang mana seramai 280 orang peserta telah menyertai sesi perkongsian ini.

Di antara objektif bengkel ini diadakan ialah:-

• Memberikan pendedahan kepada peserta tentang kepentingan pengurusan masa dalam proses penyelidikan dan penulisan akademik.
• Meningkatkan kesedaran tentang strategi khusus untuk menjana penerbitan yang berimpak tinggi.
• Membimbing peserta mengenal pasti cabaran utama dalam pengurusan masa dan cara mengatasinya.
• Berkongsi pengalaman dan amalan terbaik dalam menjadualkan aktiviti penyelidikan dan penulisan jurnal.

Bengkel ini telah menampilkan perkongsian yang padat dan bermanfaat daripada Dr. Mohd Safuan Abdul Latip, yang antara lain merangkumi:

  • Asas Pengurusan Masa Penyelidik: Cara merancang waktu kerja secara sistematik termasuk teknik seperti “time-blocking” dan penggunaan kalendar penyelidikan.
  • Masa Penerbitan: Penekanan kepada pemahaman proses lengkap penerbitan – dari perancangan awal, kajian literatur, penulisan, semakan rakan sebaya, hingga penerbitan.
  • Strategi Fokus dan Konsistensi: Kaedah mengelakkan penangguhan (procrastination) dan mengekalkan momentum penulisan.
  • Penggunaan Alat Digital: Pengenalan kepada aplikasi dan perisian bantu seperti reference managers (Mendeley, EndNote), aplikasi pengurusan tugasan, serta penjejak masa (time tracker).
  • Tips Penerbitan Berindeks: Panduan memilih jurnal berindeks (Scopus & WoS) yang bersesuaian, serta memahami kriteria pemilihan dan etika penerbitan.
  • Perkongsian pengalaman peribadi Dr. Mohd Safuan dalam membina rutin harian yang produktif untuk mengekalkan konsistensi penulisan.

Secara keseluruhannya, bengkel ini telah memberikan impak yang signifikan kepada peserta dalam memahami betapa pentingnya perancangan dan pengurusan masa yang cekap bagi menghasilkan penerbitan yang berkualiti. Dr. Mohd Safuan berjaya menyampaikan mesej bahawa kejayaan dalam penerbitan bukan hanya bergantung pada idea dan kajian yang hebat, tetapi juga kepada keupayaan seseorang untuk mengurus masa dengan bijak dan berdisiplin. Diharapkan, hasil daripada bengkel ini, lebih ramai penyelidik akan dapat meningkatkan produktiviti penerbitan mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply