
Shah Alam, 20 Jun 2025 – Jabatan Perpustakaan yang diketuai oleh Bahagian Perpustakaan Digital dan Bahagian Arkib Universiti telah mengadakan perjumpaan bersama Kesatuan Kakitangan Akademik (MITASA) yang dipengerusikan oleh Presiden MITASA iaitu En. Saharuddin di Pejabat MITASA. Perjumpaan yang berlangsung selama 2 jam telah membincangkan mengenai penyerahan bahan harta intelek universiti ke dalam Repositori Institusi, memuat naik bahan Self-Material ke dalam sistem PERMATA dan penyerahan bahan arkib universiti bagi tujuan pemeliharaan rekod. Selain itu, turut dibincangkan adalah mengenai cadangan penyerahan Data Set kepada perpustakaan bagi meningkatkan rujukan penyelidikan kepada pengguna. Presiden MITASA bersetuju agar Buletin Suara MITASA diserahkan dalam bentuk softcopy bagi memudahkan proses muat naik bahan ke dalam Repositori Institusi. Bagi tujuan tersebut, Presiden MITASA akan memaklumkan kepada pensyarah agar penulisan dihantar untuk diterbitkan ke dalam Buletin MITASA. PTAR komited untuk terus menyokong MITASA dalam memastikan hasil karya pensyarah UiTM dapat diakses melalui Repositori Institusi.