
Pada 25 Jun 2025 (Rabu), perjumpaan Timbalan Pendaftar bersama Staf Perpustakaan telah diadakan di Bilik Cendekiawan 1, Perpustakaan Cendekiawan pada 2.30 petang sehingga 4.30 petang. Seramai 5 orang staf perpustakaan terlibat dalam program ini. Ini merupakan inisiatif daripada Puan Ruslinda Razak, Timbalan Pendaftar untuk berjumpa bersama staf bagi mengenali dengan lebih dekat.



Tujuan sesi ini diadakan untuk beramah mesra dengan staf perpustakaan bagi berkongsi isu dan cabaran semasa dalam melaksanakan tugasan harian. Selain itu, perkongsian pendapat serta idea bagi memastikan perpustakaan masih relevan di Universiti terutamanya para pelajar UiTM. Sesi lawatan ruang perpustakaan dan perkhidmatan perpustakaan turut dijalankan.



Semoga program yang dilaksanakan ini dapat memberi lebih pendedahan kepada warga kampus mengenai perkhidmatan perpustakaan.
Disediakan oleh: Puan Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu