Sesi Libat Urus Perpustakaan Bersama Program Pengajian UiTMCT – Fakulti Sains Komputer Dan Matematik (FSKM)

Pada 26 Jun 2025 (Khamis), Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu dengan kerjasama Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) telah mengadakan Sesi Libat Urus Perpustakaan bersama Program Pengajian UiTMCT bertempat di Bilik Mesyuarat Al-Ghazali, UiTMCTKKT pada 2.30 petang sehingga 4.30 petang. Seramai 25 orang pensyarah dan 2 orang staf perpustakaan terlibat dalam program tersebut.

Objektif utama sesi ini diadakan adalah untuk memberi penerangan secara bersemuka kepada wakil peneraju program pengajian di UiTMCT Kampus Kuala Terengganu berkenaan perkhidmatan perpustakaan yang ditawarkan bagi menyokong kecemerlangan pembelajaran, pengajaran, penyelidikan, dan inovasi.

Di samping itu, statistik perkhidmatan perpustakaan antaranya Kelas Literasi Maklumat, peminjaman buku serta penggunaan pangkalan data UiTM turut dibentangkan. Cadangan pembelian buku dan ebook juga turut dikongsi bersama peneraju.

Semoga sesi libat urus ini dapat memberi manfaat kepada para pensyarah dalam menggunakan perkhidmatan perpustakaan yang disediakan.

Disediakan oleh: Puan Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu

Nurmaisari Che Anuar Per. Cendekiawan K. Terengganu

Leave a Reply