Program Pembudayaan Ilmu Jelajah Ilmu@ PSB

Merbok, 24 Jun 2025 – Program Jelajah Ilmu@ PSB anjuran Perpustakaan Sultan Badlishah (PSB) dengan kerjasama Kelab Bachelor of Library Science (BliBS) UiTM Cawangan Kedah telah diadakan dengan tujuan memberi peluang kepada warga kampus untuk memperoleh ilmu dalam suasana yang santai dan interaktif. Inisiatif seperti ini membuktikan bahawa ilmu boleh disampaikan dengan cara yang ringan namun tetap memberi impak positif kepada komuniti universiti.

Perpustakaan hari ini bukan lagi sekadar gedung buku fizikal, malah telah berevolusi menjadi hab ilmu digital yang menawarkan pelbagai perkhidmatan inovasi. Objektif utama perpustakaan adalah untuk memperkenalkan kepentingan perkhidmatan perpustakaan digital yang tersedia, sekaligus membimbing pengguna dalam menguasai penggunaan sistem dan sumber rujukan baharu ini. Dengan pendedahan tentang kelebihan aksesibiliti dan kekayaan maklumat dalam talian, diharapkan pengguna dapat memanfaatkan sepenuhnya kemudahan ini. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan juga bertujuan untuk memastikan setiap individu mampu mengendalikan sistem perpustakaan digital dengan cekap, memudahkan pencarian dan perolehan maklumat. Akhirnya, usaha ini juga bermatlamat untuk menggalakkan penggunaan sumber-sumber rujukan yang disediakan oleh perpustakaan, sama ada dalam format maya, elektronik, atau fizikal, demi memastikan masyarakat terus berilmu dan cakna dengan perkembangan teknologi maklumat.

Pada 24 Jun 2025, pihak Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Cawangan Kedah telah mengadakan Program Jelajah Ilmu@ PSB bersama warga UiTM Cawangan Kedah di Aras Bawah PSB. Program ini dikendalikan oleh kakitangan Seksyen Perkhidmatan Perpustakaan Sultan Badlishah dan dibantu oleh beberapa orang pelajar dari Kelab Bachelor of Library Science (BliBS) UiTM Cawangan Kedah. Program ini telah disertai oleh 241 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dan staf UiTM Cawangan Kedah. Program ini diadakan dengan tujuan memberi peluang kepada warga UiTM Cawangan Kedah khususnya untuk memperoleh ilmu dalam suasana yang santai dan interaktif. Inisiatif seperti ini membuktikan bahawa ilmu boleh disampaikan dengan cara yang ringan namun tetap memberi impak positif kepada komuniti universiti.

Penulis : Muhamad Azrul Ayob, Pembantu Pustakawan Tertinggi

Hamidah Mohd Per. Sultan Badlishah Kedah

Leave a Reply