Library Street@Kafe Lestari

Pada 15 Mei 2025 (Khamis), Perpustakaan Cendekiawan Kampus Kuala Terengganu telah melaksanakan Library Street@Kafe Lestari bermula jam 9.30 pagi sehingga jam 3.00 petang. Seramai 126 orang peserta telah memeriahkan program Library Street@Kafe Lestari yang dijalankan di Perkarangan Kafe Lestari, UiTMCT Kampus Kuala Terengganu. 

Program ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada warga kampus mengenai perkhidmatan Perpustakaan dan kemudahan yang disediakan. Pelbagai aktiviti akan dijalankan antaranya Konsultasi Rujukan, Mobile App, dan lain-lain.

Semoga program yang dilaksanakan ini dapat memberi lebih pendedahan kepada warga kampus mengenai perkhidmatan di perpustakaan. Di samping itu, menyokong dan menyeru warga kampus dalam Kempen Galakan Membaca dan menyokong kepada sasaran Sustainable Development Goals (SDG) iaitu SDG ke-4 iaitu Pendidikan Berkualiti.

Disediakan oleh: Puan Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu

Nurmaisari Che Anuar Per. Cendekiawan K. Terengganu

Leave a Reply