
Pada 19 Jun 2025 (Khamis), Perpustakaan Cendekiawan Kampus Kuala Terengganu telah melaksanakan Library Street@Dataran Lestari bermula jam 9.30 pagi sehingga jam 3.00 petang. Seramai 130 orang peserta telah memeriahkan program Library Street@Dataran Lestari yang dijalankan di Perkarangan Dataran Lestari, UiTMCT Kampus Kuala Terengganu.



Program ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada warga kampus mengenai perkhidmatan Perpustakaan dan kemudahan yang disediakan. Pelbagai aktiviti akan dijalankan antaranya Konsultasi Rujukan, Mobile App, dan lain-lain. Selain itu, Pertandingan meneka berat buku turut dilaksanakan bagi memeriahkan lagi program. Program ini dilaksanakan bagi menyokong KPI Perpustakaan dan memperkenalkan sistem baharu perpustakaan.



Semoga program yang dilaksanakan ini dapat memberi lebih pendedahan kepada warga kampus mengenai perkhidmatan di perpustakaan. Di samping itu, menyokong dan menyeru warga kampus dalam Kempen Galakan Membaca dan menyokong kepada sasaran Sustainable Development Goals (SDG) iaitu SDG ke-4 iaitu Pendidikan Berkualiti.
Disediakan oleh: Puan Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu