Library Outreach: Librarian On Duty

Pada 29 Mei 2025 (Khamis), Perpustakaan Cendekiawan Kampus Kuala Terengganu telah melaksanakan Library Outreach: Librarian On Duty bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 1.00 petang. Program ini dilaksanakan di Bilik Rehat Pensyarah, Blok E, UiTMCT Kampus Kuala Terengganu dan telah disertai seramai 15 orang pensayarah dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik. 

Program Library Outreach ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada warga kampus mengenai memberi pendedahan mengenai perkhidmatan perpustakaan antaranya Kelas Literasi Maklumat. Selain itu, sesi konsultasi kepada pensyarah fakulti mengenai tatacara permohonan dan cadangan perolehan bahan Reading List (Silibus) dan eBook sekiranya koleksi tiada dalam Reading List.

Selain itu, membuat semakan bahan Reading List yang tiada dalam koleksi untuk pembelajaran serta memastikan koleksi yang tiada dalam Reading List dipaparkan di dalam sistem PERMATA untuk tujuan cadangan perolehan bahan.

Semoga program yang dilaksanakan ini dapat memberi lebih pendedahan kepada warga kampus mengenai perkhidmatan di perpustakaan. Di samping itu, menyokong dan menyeru warga kampus dalam Kempen Galakan Membaca dan menyokong kepada sasaran Sustainable Development Goals (SDG) iaitu SDG ke-4 iaitu Pendidikan Berkualiti. 

Disediakan oleh: Puan Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu

Nurmaisari Che Anuar Per. Cendekiawan K. Terengganu

Leave a Reply