Libat Urus Perpustakaan Sultan Badlishah (PSB) Bersama Fakulti Sains Pentadbiran Dan Pengajian Polisi, UiTM Cawangan Kedah

Merbok, 16 Julai 2005 – Sesi Libat Urus Perkhidmatan Perpustakaan Sultan Badlishah (PSB) bersama Fakulti Sains Pentadbiran Dan Pengajian Polisi (FSPPP) adalah inisiatif untuk memberi pendedahan tentang perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Perpustakaan UiTM dan mengadakan perbincangan untuk mendapatkan maklum balas Ketua Pengajian Program dan pensyarah-pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran Dan Pengajian Polisi (FSPPP). Sesi ini juga merupakan inisiatif bagi pencapaian Performance Index (PI1) Perpustakaan UiTM.

Objektif utama inisiatif ini adalah untuk memperkukuh hubungan antara perpustakaan dengan staf akademik melalui pendedahan dan perkongsian komprehensif mengenai pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan. Selain itu, inisiatif ini bertujuan untuk membuka ruang perbincangan dua hala dengan pihak kolej atau fakulti, membolehkan perpustakaan memahami keperluan spesifik mereka. Yang terpenting, ia juga akan menjadi platform untuk mendapatkan maklum balas dan cadangan yang konstruktif, memastikan perkhidmatan perpustakaan sentiasa relevan dan berkesan dalam menyokong komuniti akademik.

Sesi Libat Urus Perkhidmatan Perpustakaan Sultan Badlishah (PSB) bersama Fakulti Sains Pentadbiran Dan Pengajian Polisi (FSPPP) telah dilaksanakan pada 16 Julai 2025 (Rabu) dari jam 10.00 pagi  hingga 12.00 tengah hari bertempat di Aras 2, Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah. Sesi ini dikendalikan oleh Puan Wan Rohani Wan  Chin, Pustakawan Kanan Unit Perkhidmatan Perpustakaan dan Puan Atirah Ruslan,  Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP) Unit Sumber Rujukan Universiti dan Unit Arkib Universiti. Taklimat turut disampaikan oleh Puan Noor Azlina  Mat Esoff, Pembantu Pustakawan. Seramai 14 orang peserta terdiri daripada Ketua Pusat Pengajian (KPP), Dr. Mohamad Samsudeen Sajahan, Koordinator Program dan pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran Dan Pengajian Polisi (FSPPP) telah menyertai program ini. Sesi selama dua jam ini merangkumi penerangan dan perkongsian berkaitan perkhidmatan perpustakaan, penggunaan portal PERMATA, capaian koleksi digital, perkhidmatan literasi maklumat dan sokongan penyelidikan, proses cadangan pembelian bahan dan sasaran PI Universiti untuk mencapai Knowledge Society melalui “1 Warga, 24 Naskhah Bahan Bacaan”. Turut dikongsikan ialah format penulisan surat rasmi.

Penulis : Mazuriah Ahmad, Pembantu Pustakawan Kanan

Hamidah Mohd Per. Sultan Badlishah Kedah

Leave a Reply