
Pada 25 Mei 2025 (Ahad), Program Learn Xperience: Explore, Play dan Learn anjuran UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu dengan kerjasama Kelab Rural Engagement and Student Community Outreach Mission (RESCOM),Perpustakaan Cendekiawan Kampus Kuala Terengganu dan Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah menjalankan Khidmat Masyarakat bersama para pelajar sekolah di Perpustakaan Cendekiawan, UiTMCT Kampus Kuala Terengganu.
Program bermula pada 8.00 pagi sehingga 1.00 tengahari di Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu. Seramai 60 pelajar Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Kubang Ikan serta 5 orang guru SK Kubang Ikan dan 1 orang Penasihat RESCOM, 20 orang AJK RESCOM, 5 orang staf perpustakaan, dan 5 orang staf PPAT turut terlibat.



Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang program berlangsung antara Jom membaca bersama kami, Virtual Room, Educational Games, Puzzle dan lain-lain. Selain itu, pelajar turut diberi peluang untuk bermain 3D Wall yang disediakan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu.


Semoga program yang dilaksanakan ini dapat mengeratkan hubungan antara universiti dan komuniti luar terutamanya sekolah.
Disediakan oleh: Puan Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu