
Pada 29 Mei 2025 (Khamis), Perpustakaan Cendekiawan telah menerima kunjungan daripada para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Megat Panji Alam bagi Program MathSpark, ” Know Your Learning Style” yang telah dianjurkan oleh Kelab Modelitic, UiTMCT Kampus Kuala Terengganu. Seramai 34 orang pelajar serta seorang guru pengiring dan 3 orang sukarelawan Modelitic mengunjungi perpustakaan bagi lawatan sambil belajar.



Taklimat perpustakaan telah diberikan oleh Puan Nurmaisari Che Anuar selaku Pustakawan mengenai perkhidmatan perpustakaan di Universiti antaranya koleksi perpustakaan, sistem perpustakaan dan lain-lain. Selain itu, turut dijelaskan mengenai pelaksanaan program yang dilaksanakan oleh warga staf perpustakaan.
Semoga program yang dilaksanakan ini dapat memberi lebih pendedahan kepada warga pelajar sekolah mengenai perkhidmatan di perpustakaan universiti.
Disediakan oleh: Puan Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu