Bengkel Perkongsian Pengurusan Rekod Bibliografi Perpustakaan UiTM

Pada 22 Julai 2025 (Selasa), Perpustakaan Cendekiawan Kampus Kuala Terengganu telah melaksanakan Bengkel Perkongsian Pengurusan Rekod Bibliografi Perpustakaan UiTM bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 1.00 petang. Bengkel ini dijalankan di Makmal Komputer (MKD2), UiTMCT Kampus Kuala Terengganu yang dikendalikan oleh Puan Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan Kampus Kuala Terengganu. Seramai 8 orang staf perpustakaan telah terlibat mewakili Kampus Dungun, Kampus Bukit Besi dan Kampus Kuala Terengganu.

Objektif penganjuran bengkel ini adalah bertujuan untuk:

  • Memberi perkongsian dan panduan mengenai penetapan rekod bibliografik.
  • Menyelesaikan bahan masalah rekod bibliografik Perpustakaan UiTM.
  • Mengumpulkan input dan kaedah untuk menyelesaikan menyelesaikan rekod bibliografik yang bermasalah.

Pelbagai perkongsian telah dilaksanakan sepanjang bengkel berlangsung dengan memberi pendedahan mengenai penggunaan sistem baharu iaitu sistem PERMATA. Di samping itu, bagi proses pengkatalongan dan perolehan buku juga telah diberikan penetapan baharu mengikut kesesuaian sistem.

Semoga bengkel yang dilaksanakan ini dapat memberi pendedahan mengenai penetapan baharu serta sistem PERMATA.

Disediakan oleh: Puan Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu

Nurmaisari Che Anuar Per. Cendekiawan K. Terengganu

Leave a Reply