LAWATAN AKREDITASI PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI BANGUNAN DI PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM CAWANGAN PERAK

17 Julai: Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar telah menerima kunjungan hormat daripada ahli panel lawatan akreditasi bagi Program Diploma Teknologi Bangunan. Lawatan ini telah diadakan pada 16 April 2025 yang lepas bertujuan untuk menilai kemudahan dan sumber maklumat yang disediakan kepada pelajar dalam menyokong keperluan pengajaran dan pembelajaran program tersebut. Kehadiran ahli panel telah disambut mesra warga perpustakaan yang diketuai oleh Puan Siti Basriyah binti Shaik Baharudin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan PTAR

Sepanjang sesi lawatan, pihak perpustakaan telah memberi taklimat berkaitan pelbagai koleksi dan perkhidmatan yang ditawarkan. Antara yang diperkenalkan termasuklah koleksi bahan rujukan fizikal seperti buku teks dan jurnal ilmiah serta akses kepada sumber digital seperti e-book atau buku elektronik dan pangkalan data dalam talian. Turut diperkenalkan ialah kemudahan carian katalog dalam talian dan sistem pinjaman digital yang memudahkan pengguna dalam mendapatkan bahan rujukan secara efisyen dan pantas.

Lawatan diteruskan dengan tinjauan ke seluruh perkhidmatan perpustakaan yang merangkumi tiga aras termasuk ruang bacaan, bilik perbincangan, bilik komputer dan ruang santai. Secara keseluruhannya, lawatan ini telah memberikan gambaran yang jelas tentang persediaan dan komitmen PTAR dalam menyokong kecemerlangan akademik. Ia juga memperkukuh peranan perpustakaan sebagai pusat ilmu yang progresif, kondusif dan mesra pengguna dalam sistem pendidikan tinggi.

Disediakan oleh Ahmad Azmil Reza Bin Ismail, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar

Ahmad Azmil Reza PTAR Seri Iskandar

Leave a Reply