Sesi Libat Urus Perkhidmatan bersama Program Pengajian UiTMCT – Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan

Tarikh: 15 Julai 2025, Selasa
Masa: 10.00 pagi sehingga 11.30 pagi
Platform: Bersemuka di Bilik Mesyuarat Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun
Anjuran: Unit Perkhidmatan Perpustakaan, Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun
Penglibatan: 18 orang pensyarah Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan

Unit Perkhidmatan Perpustakaan, Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun telah mengadakan satu sesi libat urus bersama pensyarah dari Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (FPHP) yang diadakan di Bilik Mesyuarat Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun pada 15 Julai 2025, Selasa. Seramai 18 orang pensyarah telah menyertai sesi yang diketuai oleh Dr. Maisarah Abdul Hamid, Ketua Pusat Pengajian FPHP.

Sesi libat urus ini telah dikendalikan oleh Cik Asmahani Abdullah, Ketua Unit Perkhidmatan Perpustakaan, bersama Puan Hafsah Mustafa, Pembantu Pustakawan Kanan, dan Puan Nur Rohaya Razali, Pembantu Pustakawan Kanan.

Pengisian penting yang telah disampaikan dalam sesi ini ialah penerangan berkaitan:-
a) perkhidmatan terkini yang ditawarkan di perpustakaan
b) statistik penglibatan fakulti bagi perkhidmatan perpustakaan pada tahun sebelum
c) mendapatkan maklumbalas berkaitan bagi menyokong kecemerlangan pembelajaran, pengajaran, penulisan, dan penyelidikan universiti.

Selain pembentangan, sesi ini juga memberi peluang kepada pihak pensyarah terlibat untuk mengemukakan pertanyaan, cadangan dan komen berkenaan kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan di perpustakaan untuk penambahbaikan bersama.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pensyarah FPHP UiTMCT atas kehadiran dan komitmen dalam menjayakan sesi libat urus perkhidmatan perpustakaan ini.

Semoga kita dapat sama-sama dapat menjayakan inisiatif pembudayaan ilmu dan meningkatkan penggunaan sumber rujukan dan perkhidmatan perpustakaan yang disediakan bagi melahirkan graduan UiTM yang lebih cemerlang dan berpengetahuan pada masa akan datang.

Disediakan oleh: Cik Asmahani Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP)

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply