LAWATAN PANEL PENILAI LUAR KE PERPUSTAKAAN UiTM CAWANGAN PAHANG
28 MEI 2025
Sempena Akreditasi Program Diploma Kejuruteraan Awam
Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang telah menerima kunjungan Associate Prof. Ir. Dr. Norazura binti Muhamad Bunnori, Panel Penilai Luar bagi Program Diploma Kejuruteraan Awam (lantikan BEM), dalam sesi lawatan penilaian fasiliti.
Lawatan ini adalah sebahagian daripada proses pembaharuan akreditasi oleh Lembaga Jurutera Malaysia (BEM). Fokus diberikan kepada kemudahan perpustakaan, koleksi bahan rujukan kejuruteraan, perkhidmatan digital serta sokongan pembelajaran kepada pelajar dan pensyarah Fakulti Kejuruteraan Awam.
Terima kasih atas lawatan dan penilaian yang membina.
Pihak perpustakaan komited untuk terus menyokong kecemerlangan akademik dan keperluan akreditasi program.









Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan Kanan