Pulau Pinang, 18 Jun 2025 – Program Jelajah Ilmu anjuran PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh telah berlangsung dengan meriah di Laman Perdana, UiTM Cawangan Pulau Pinang. Program yang berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang ini bertujuan untuk memupuk budaya membaca serta memperkenalkan pelbagai perkhidmatan perpustakaan yang ditawarkan kepada warga kampus.


Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan sepanjang program berlangsung termasuklah tunjuk ajar penggunaan Portal PERMATA, pendaftaran MyReading, perkhidmatan pinjaman dan pemulangan buku, akses kepada eBook dan eLib Portal, serta aktiviti permainan santai “10s Challenge” yang menguji ketangkasan dan kecekapan pengunjung dalam masa 10 saat.
Kemeriahan program ini mencerminkan komitmen PTAR dalam menjadikan perpustakaan sebagai pusat ilmu yang inklusif, mesra pengguna dan relevan dalam era digital. Inisiatif seperti ini diharap dapat meningkatkan literasi maklumat dalam kalangan warga kampus dan menggalakkan penggunaan sumber digital secara lebih meluas.
Disediakan oleh : Rafidah binti Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan