Tarikh: 24 Jun 2025,Selasa
Masa: 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
Tempat: Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) Kampus Dungun
Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Dungun telah menganjurkan dua buah program pertandingan yang melibatkan pelajar sekolah pada 24 Jun 2025, Selasa, sempena Karnival Perpustakaan 2025 UiTMCT. Program dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Dungun ini telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada pihak sekolah di daerah Dungun.
a) Pertandingan Si Kecil Bercerita Kategori Prasekolah

Keputusan:
Johan : Nur Erynna Nawrah Mohd Nor Amirnuddin (SK Dendang)
Naib Johan : Muhammad Syahmi Anaqi Mohd Saiful Anuar (SK Tanjung Pati)
Tempat Ketiga : Nursyamimi Abdul Hafiz (SK Tanjung Pati)



Pertandingan Si Kecil Bercerita bukan saja telah menceriakan suasana Karnival Perpustakaan 2025 UiTMCT, malah telah memberikan pengalaman bermakna kepada semua peserta cilik yang bertanding. Dengan bimbingan guru dan sokongan ibu bapa, pertandingan ini menjadi medan awal untuk membentuk generasi muda yang berani, petah berbicara serta menghargai ilmu dan budaya membaca. Diharapkan pertandingan ini akan terus dijadikan acara tahunan yang mampu menyumbang kepada pembangunan sahsiah dan intelek kanak-kanak seawal usia prasekolah.

b) Pertandingan Mewarna Kategori Prasekolah

Keputusan:
Johan : Nur Sumayyah Mohd Ridzuan (SK Paka 2)
Naib Johan : Muhammad Azim Firdaus (SK Batu 7)
Tempat ketiga : Raja Amaira Darleena Raja Azli ( SK Gong Pasir)
Pertandingan Mewarna Kategori Prasekolah ini dianjurkan dengan kerjasama antara PPD Dungun dan Co-opBank Pertama Cawangan Dungun bertujuan untuk menyemai minat membaca, memperkenalkan fungsi perpustakaan kepada kanak-kanak, serta mencungkil bakat kreativiti dalam kalangan murid prasekolah.
Penyertaan pertandingan ini melibatkan pelajar prasekolah sekitar daerah Dungun, menjadikannya platform awal yang positif dalam pembangunan sahsiah dan kemahiran komunikasi kanak-kanak.



Kesimpulan:
Penganjuran kedua-dua pertandingan ini bukan sahaja menyemarakkan karnival, tetapi juga menjadi platform awal yang membina sahsiah, kemahiran komunikasi dan minat membaca dalam kalangan kanak-kanak. Usaha ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai satu inisiatif pendidikan berimpak tinggi seawal usia prasekolah. Tahniah diucapkan buat para pemenang dan syabas kepada semua peserta atas usaha dan keberanian yang ditunjukkan.
Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan