Pelajar PPKI Dirai di Karnival Perpustakaan 2025 UiTMCT

Program Mesra PPKI sempena Karnival Perpustakaan 2025 UiTMCT
Tarikh: 26 Jun 2025, Khamis
Masa: 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
Tempat: Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT
Anjuran: Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT dan Pejabat Pendidikan Daerah Dungun
Penglibatan: 74 orang pelajar PPKI (Program Pendidikan Khas Integrasi) dari Sekolah-sekolah Daerah Dungun

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) mempunyai murid-murid berkeperluan khas yang pelbagai. Bagi memberi peluang setara dengan pelajar aliran perdana bagi murid-murid biasa, Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Dungun mengadakan kerjasama strategik bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Dungun dengan mengadakan Program Mesra PPKI sempena Karnival Perpustakaan 2025 UiTMCT melibatkan pelajar PPKI dari sekolah-sekolah di daerah Dungun. Penganjuran program ini juga sejajar dengan aspirasi pendidikan negara dalam membina masyarakat penyayang dan menyeluruh yang tidak meminggirkan mana-mana golongan pelajar. Dua pengisian program ini ialah seperti berikut:-

Pertandingan Mewarna Kategori PPKI – Sekolah Rendah


Keputusan Pertandingan
Johan : Nur Izz Zara Irdina Ahmad ( SK Batu 48)
Naib Johan : Nurul Syazwanie Mohd Nazri ( SK Ketengah Jaya II)
Tempat Ketiga: Muhammad Adam Safwan Hasrul ( SK Tanjung Pati)
Penglibatan: 65 orang peserta

Pertandingan ini diadakan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk mengekspresikan kreativiti serta meningkatkan kemahiran mewarna dalam suasana yang menyeronokkan dan inklusif. Sambutan yang diberikan amat memberangsangkan dan mencerminkan semangat serta potensi luar biasa yang dimiliki oleh pelajar-pelajar PPKI. Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan terima kasih kepada guru-guru serta ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan padu.

Pertandingan Bercerita NILAM Kategori PPKI – Sekolah Menengah

Keputusan Pertandingan
Johan : Muhammad Ikram Iskandar Shakri (SMK Jerangau)
Naib Johan : Amni Batrisya badrul hisham (SMK Ketengah Jaya)
Tempat Ketiga: Muhammad Aqeel Mohd Hissham (SMK Balai Besar)
Penglibatan: 9 orang peserta

Pertandingan Bercerita NILAM ini diadakan bukan sahaja memberi ruang kepada pelajar untuk menyerlahkan potensi diri dalam bidang penceritaan, malah turut membina keyakinan diri serta kemahiran komunikasi mereka.

Kesimpulan:
Program Mesra PPKI sempena Karnival Perpustakaan 2025 UiTMCT telah berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang inklusif, menyeronokkan dan bermakna buat murid-murid pendidikan khas ini. Kejayaan program dan maklumbalas positif daripada Pegawai PPD yang hadir memantau jelas memperlihatkan bahawa dengan pendekatan sebegini mampu mencungkil bakat dan potensi yang membanggakan dari kalangan pelajar PPKI dan menarik minat mereka untuk ke sekolah dan belajar. Diharapkan penganjuran program seumpama ini diteruskan dan dimantapkan pada masa akan datang agar tiada murid yang tertinggal dalam arus pendidikan dan pembangunan sahsiah untuk keunggulan jati diri generasi akan datang.

Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply