Derma darah selamatkan insan lain, tingkatkan kesihatan diri

Tarikh :
– 16 Jun 2025: Sempena Kempen Derma Darah Perdana UiTM
– 25 Jun 2025: Sempena Karnival Perpustakaan 2025 UiTMCT
Masa : 10.00 pagi- 3.00 petang
Tempat : Ruang Bacaan Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT
Penglibatan : 221 orang terdiri daripada Warga UiTMCT dan komuniti
Anjuran: Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Dungun
Dengan kerjasama: Jabatan Transfusi Negeri Terengganu, Hospital Sultanah Nur Zahirah dan Unit Kesihatan, BHEP UiTMCT.

Pengisian program
a) Kempen Derma Darah

  • Dilaksanakan dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital.
  • Proses pendaftaran, saringan kesihatan ringkas, dan pendermaan dijalankan di kawasan khas yang disediakan.
  • Sijil penghargaan dan cenderahati diberikan kepada penderma.

b) Pemeriksaan Kesihatan Percuma

  • Pemeriksaan tekanan darah, gula dalam darah, dan BMI.
  • Kaunseling kesihatan ringkas oleh jururawat dan pegawai perubatan.
  • Penyebaran risalah berkaitan pemakanan sihat, senaman, dan pengurusan stres.

Kempen Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan Percuma diadakan sebanyak dua sesi pada bulan Jun 2025 bagi menjayakan kerjasama dengan Unit Kesihatan, BHEP UiTMCT dan Jabatan Transfusi Negeri Terengganu, Hospital Sultanah Nur Zahirah. Kempen ini telah berjaya menarik penyertaan yang menggalakkan daripada warga universiti dan komuniti setempat. Secara keseluruhannya, lebih 200 buah beg darah berjaya dikumpulkan dalam kedua-dua sesi yang diadakan sekaligus menyokong kepada aspirasi UiTM untuk membentuk individu yang prihatin terhadap keperluan masyarakat, dan menyokong Matlamat Pembangunan Lestari 3 yang menekankan kesihatan dan kesejahteraan. 

Terima kasih dan syabas kepada semua yang terlibat.

Disediakan oleh: Abd. Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan.

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply